Social Icons

Featured Posts

Monday, May 13, 2013

Berniaga

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Pada 13 Mei 2013 tercatat dalam sejarah diriku sendiri iaitu aku berniaga. Buat diri ini, bagiku, ini adalah kali pertama aku berniaga di pasar keramaian. Pada mulanya aku malu nak menegur dan memanggil orang untuk datang singgah sebentar ke geraiku yang tidak berbumbung untuk melihat apa yang aku sedang niagakan. Tapi, aku sentiasa berusaha untuk berniaga seperti cara RASULULLAH s.a.w. dengan sentiasa melirikkan senyuman di bibir, menghormati pelanggan dan bersikap jujur serta adil. Alhamdulillah, walaubagaimanapun, semuanya berjalan dengan lancar sekali dengan bantuan yang Maha Esa, ALLAH s.w.t. Secara amnya, memang aku hanya berjaya menjual 2 button badge sahaja dari 61 biji yang aku bawa, tetapi itu semua ketentuan ALLAH, Dia telah menentukan semuanya dengan sebaik-baiknya. Kita sebagai manusia perlulah sentiasa redha dan sabar dalam menerima ketentuan Qada' dan Qadar ALLAH swt.


  1. Maafkan saya para pembaca blog ini sekalian, terlupa saya menceritakan apakah erniagaan yang sedang saya jalankan. Memandang saya telahpun berjaya dengan bantuanNYA menamatkan pembelajaran saya di Kolej Matrikulasi Perak dalam bidang Sains Fizikal, Modul 2 Program Satu Tahun (PST), jadi saya mempunyai masa cuti sehingga hampir 5 bulan sebelum saya, insyaALLAH, dipanggil oleh pihak universiti untuk menyambung pelajaran dalam ijazah. Oleh hal yang demikian, amat rugi bagi diri saya ini jika saya menghabiskan cuti saya dengan begitu saja. Saya juga da terfikir, jika saya bekerja makan gaji, mungkin saya hanya akan mendapat pengalaman bekerja dan hanya sedikit sahaja keuntungan ataupun wang yang dapat saya kumpulkan. Sememangnya, bukan harta kekayaan duniawi yang saya cari, tetapi saya cuma ingin meringankan sedikit beban ibu dan bapa saya apabila saya berada di universiti nanti. Berikutan akan hal tersebut, jadi saya memilih untuk berniaga untuk menjana pendapat sendiri di samping mencari pengalaman dan kemahiran dalam perniaga. Perniagaan yang saya maksudkan adalah perniagaan button badge ( pin lencana) yang bermodalkan RM900 ringgit sahaja.

Wednesday, May 1, 2013

Button Badge


Assalamualaiku dan salam sejahtera.
Inginkan button badge untuk :
- persatuan/kelab
- kelas
- hadiah/kenangan
- sekolah
- perkahwinan
- kempen/ majlis
- iklan/promo
Tapi anda tidak berpeluang untuk men-design kerana sibuk atau tiada kemahiran. Kami menyediakan tempahan terbuka termasuk men-design untuk anda secara PERCUMA. Anda cuma cakap apa yang anda mahukan, kami akan realisasikannya dalam bentuk button badge yang lebih bergaya dengan harga yang berpatutan tanpa ada cas tambahan untuk design. CEPAt. TEMPAHLAH sekarang :>

Friday, March 8, 2013

keEGOanku

Assalamulaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Ini adalah pos pertamaku pada tahun 2013 ini. Bukannya malas nak pos tapi cuma tiada 'mood' memandangkan tiada siapa yang akan membacanya.hehe. Asal macam skema ja ni? Yelahh.sebenarnya dah hampir 1 tahun Asyffeq tak menulis karangan formal. Dah lama meninggalkan alam persekolah. Itulah hakikat yang perlu diterima ramai, bahasa Melayu tidak lagi diketengahkan di IPT terutamanya bagi mereka yang menyambung pelajaran dalam bidang kejuruteraan mahupun kedoktoran dan lain-lain lagi melainkan mereka yang menyambung pengajian khusus bahasa Melayu. Oleh hal yang demikian, sebagai langkah agar Asyffeq tak menjadi salah seorang siswa yang gagal menulis karangannya dengan baik, Asyffeq akan cuba untuk menulis blog ini dengan bahasa Melayu semampu Asyffeq. Jika ada sebarang kesalahan ejaan, imbuhan, susunan kata, atau penggunaan kata, mohon agar ada pihak yang menegur dan segala kesalahan itu jangan pula diguna pakai sebelum dibetulkan. Asyffeq amatlah menghargai mereka yang sudi menegur Asyffeq. Terima kasih.

Monday, November 19, 2012

Malas

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....

MALAS...itulaah masalah paling utama Asyffeq x update blog ni....hahah...

Friday, October 12, 2012

High Speed

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.:^)

YES!!!
akhirnya Asyffeq dapat juga menghabiskan quota yes 4g
1.5gb je...tapi, bagi orang berjimat macam Asyffeq ni...agak susah juga laaa nak perabis..hehehe:^
:^)
post kali ni Asyffeq nak share pasal kelajuan YES 4g...
memang gila gile HIGH SPEED laa..hehe
ialaaaa...walaupon dah habis quota...tapi masih laju lagi...
tak percaya???:^)
tengok ni Asyffeq buat speed test... :^)

:^):^)

laju ؟؟
itulaah...kan Asyffeq dah cakap tadi...
so.kat sini bukan nak promote...
tapi nak share...
kepada sesiapa yang masih tercari-caru langganan pakej internet mana paling berpatutan..murah...laju...
boleh laahh mencuba YES 4g..hehe
:^)
yang Asyffeq guna ni:^)....Rm48 je sebulan...
kalau ada quota lagi...kelajuannya boleh mencecah 11mbps..haha

:^)
kalau ada apa2 soalan.boleh komen kat bawah ni ek...jangan lupa follow sekali..hehe:^)
Asyffeq

Monday, October 8, 2012

Hacker Cracker Script kiddie Unethical employee Cyber extortionist Cyber terrorist

Hacker
Cracker
Script kiddie
Unethical employee
Cyber extortionist
Cyber terrorist

euphoria

Word : euphoria

Meaning : an extremely strong feeling of happiness and excitement which only lasts for a short time.

Example : l feel euphoria for my flying colors result in UPS but I worry that PSPM is just around the corner.

Sources : Cubicle, 1st floor of KMPk. ^_^