Social Icons

Monday, May 13, 2013

Berniaga

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Pada 13 Mei 2013 tercatat dalam sejarah diriku sendiri iaitu aku berniaga. Buat diri ini, bagiku, ini adalah kali pertama aku berniaga di pasar keramaian. Pada mulanya aku malu nak menegur dan memanggil orang untuk datang singgah sebentar ke geraiku yang tidak berbumbung untuk melihat apa yang aku sedang niagakan. Tapi, aku sentiasa berusaha untuk berniaga seperti cara RASULULLAH s.a.w. dengan sentiasa melirikkan senyuman di bibir, menghormati pelanggan dan bersikap jujur serta adil. Alhamdulillah, walaubagaimanapun, semuanya berjalan dengan lancar sekali dengan bantuan yang Maha Esa, ALLAH s.w.t. Secara amnya, memang aku hanya berjaya menjual 2 button badge sahaja dari 61 biji yang aku bawa, tetapi itu semua ketentuan ALLAH, Dia telah menentukan semuanya dengan sebaik-baiknya. Kita sebagai manusia perlulah sentiasa redha dan sabar dalam menerima ketentuan Qada' dan Qadar ALLAH swt.


  1. Maafkan saya para pembaca blog ini sekalian, terlupa saya menceritakan apakah erniagaan yang sedang saya jalankan. Memandang saya telahpun berjaya dengan bantuanNYA menamatkan pembelajaran saya di Kolej Matrikulasi Perak dalam bidang Sains Fizikal, Modul 2 Program Satu Tahun (PST), jadi saya mempunyai masa cuti sehingga hampir 5 bulan sebelum saya, insyaALLAH, dipanggil oleh pihak universiti untuk menyambung pelajaran dalam ijazah. Oleh hal yang demikian, amat rugi bagi diri saya ini jika saya menghabiskan cuti saya dengan begitu saja. Saya juga da terfikir, jika saya bekerja makan gaji, mungkin saya hanya akan mendapat pengalaman bekerja dan hanya sedikit sahaja keuntungan ataupun wang yang dapat saya kumpulkan. Sememangnya, bukan harta kekayaan duniawi yang saya cari, tetapi saya cuma ingin meringankan sedikit beban ibu dan bapa saya apabila saya berada di universiti nanti. Berikutan akan hal tersebut, jadi saya memilih untuk berniaga untuk menjana pendapat sendiri di samping mencari pengalaman dan kemahiran dalam perniaga. Perniagaan yang saya maksudkan adalah perniagaan button badge ( pin lencana) yang bermodalkan RM900 ringgit sahaja.

Wednesday, May 1, 2013

Button Badge


Assalamualaiku dan salam sejahtera.
Inginkan button badge untuk :
- persatuan/kelab
- kelas
- hadiah/kenangan
- sekolah
- perkahwinan
- kempen/ majlis
- iklan/promo
Tapi anda tidak berpeluang untuk men-design kerana sibuk atau tiada kemahiran. Kami menyediakan tempahan terbuka termasuk men-design untuk anda secara PERCUMA. Anda cuma cakap apa yang anda mahukan, kami akan realisasikannya dalam bentuk button badge yang lebih bergaya dengan harga yang berpatutan tanpa ada cas tambahan untuk design. CEPAt. TEMPAHLAH sekarang :>