Social Icons

Monday, September 24, 2012

Pena & Kertas


Assalamualaikum...salam muhibbah.. :p

hari ni Asyffeq nak kongsi satu benda,satu kaedah,cara atau jalan penyelesaian yang mendamaikan. sebenarnya kita boleh buat perbincangan dengan hanya menggunakan PENA DAN KERTAS sahaja..di era globalisasi,dunia tanpa sempadan ni.memang banyak pon teknologi yang cangih-cangih yang memudah komunikasi dan Asyffeq telah pon memilikinya,,antara yang Asyffeq telah miliki~~>>
hehe,,,ini hadiah daripada Mak Asyffeq,, Halimah binti Md Hassan...sempena birthday Asyffeq yang ke-17 dan hadiah Asyffeq dapat no.2 dalam exam..hehe,,,thankzz my mum,,,luv u alwayzz..muaahh:.

walaupon begitu,,,Asyffeq tetap memilih untuk menggunakan pen dan kertas je,macam zaman sekolah rendah dulu laa pulak,,main balas-balas surat,hehe,so sweet,,teringat pulak..:

Perbincangan yang mengunakan pena dan kertas ni macam bicara tanpa kata lahh,,so,nak apa kelebihan dan keistimewaan dia,,hayati laa puisi kat bawah ni..
*pasang laa background music kalau nak lebih penghayatan

bicara tanpa kata
kadangkala lebih telus
kadangkala lebih halus
hanya perlu mainan akal
mencoret seribu bahasa
melakar seribu soal
mengolah bicara hati
bicara tanpa kata
kadangkala lebih tajam
kadangkala lebih menusuk
kadangkala lebih digeruni
walau hanya berbekal cuma
sebatang pena sehelai kertas
dari sudut gelap penjara
dari belakang kawat duri
bisa juga menggoncang dunia
lihat sahaja sejarah dunia
lihat juga cendikiawan ulung
lihat juga si telus hati
walaupun mereka tiada lagi
walaupun jasad dimakan bumi
mereka tinggalkan pada kita
bicara tanpa kata
bicara yang kekal selamanya
buat kita hirup madunya
buat kita teliti ilmunya
buat kita kagum pada tuhan
buat kita berterima kasih
pada mereka si ilmuwan hebat
walau ketika hidup tiada nama
namun matinya penuh bermakna
ilmunya penuh manfaat
kekal bersambung sampai kiamat


No comments:

Post a Comment